Emas meneruskan dagangan yang kemerah-merahan pada Khamis untuk hari kelima berturut-turut berikutan aliran positif mata wang dolar Amerika Syarikat (AS).
Pada jam 9.30 pagi, harga emas berada pada paras $2,566.35 iaitu kekal sejak ia dibuka pada awal dagangan hari Jumaat di sesi Asia.
Laporan inflasi AS agak melantun semula dan data pekerjaan yang kukuh menjatuhkan kedudukan logam kuning lebih dari paras tertinggi beberapa minggu lepas.
Biro Statistik Buruh AS mendedahkan bahawa Indeks Harga Pengeluar (PPI) meningkat pada bulan Oktober melebihi anggaran dan angka September.
Walau bagaimanapun, misi Federal Reserve (Fed) masih belum selesai di penghujung tahun walaupun bank pusat itu telah memulakan kitaran pelonggaran dasar sebanyak 75 mata asas pemotongan kadar faedah sejak September 2024.
Selain itu, Jabatan Tenaga Kerja AS mendedahkan bahawa tuntutan pengangguran rakyat Amerika Syarikat berkurangan berbanding bacaan sebelumnya.
Pegawai Fed baru-baru ini menekankan tindakan halus mengimbangi kawalan inflasi dengan matlamat pekerjaan.
Gabenor Fed, Adriana Kugler menekankan kepentingan menangani kedua-dua isu menunjukkan bahawa langkah telah dibuat ke arah mengurangkan inflasi bagi mencapai sasaran 2% masih mencabar.
Pasaran emas kini semakin terjejas akibat kebimbangan pelabur berkenaan cadangan pengurangan cukai dalam mandat Donald Trump yang mampu meningkatkan inflasi serta mendorong Fed untuk menghentikan kitaran pelonggarannya.