Emas Masih Positif Untuk Naik Lagi?

1,255

Harga emas menyambung semula kenaikan pada sesi Asia selepas digoyahkan oleh pengukuhan US dolar dan peningkatan hasil bon AS 10 tahun pada sesi sebelum ini.

Spot emas dicatatkan meningkat di sekitar harga $1,790 per auns, dengan niaga hadapan emas pula diperdagangkan positif pada $1,792 per auns.

Dagangan emas masih lagi meraih sokongan daripada kebimbangan pasaran terhadap penularan Covid-19 yang semakin meningkat sehingga memaksa pelaksanaan sekatan baru di beberapa negara.

Terbaru, seluruh New Zealand dikenakan penutupan tahap 4 setelah beberapa kes baru Covid-19 dikesan di negara itu, yang dipercayai sebagai varian delta yang sangat cepat menular.

Pelaksanaan ini telah menyebabkan Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) mengekalkan kadar faedah tidak berubah pada 0.25%, berbanding jangkaan untuk meningkat pada 0.50%.

Sementara itu, US dolar turut meraih keuntungan daripada kesuraman pasaran dengan meningkat lebih tinggi berbanding kebanyakan matawang utama.

Emas sering bersaing dengan dolar greenback sebagai safe-haven semasa ketidaktentuan dalam pasaran, di mana nilai USD yang lebih tinggi juga menjadikan emas lebih mahal bagi pemegang matawang lain.

Penerbitan laporan minit mesyuarat FOMC pada awal pagi Khamis, akan menjadi perhatian pasaran seterusnya untuk mendapatkan petunjuk lebih lanjut mengenai pandangan dasar semasa Federal Reserve.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat