Emas Mendongak Lepasi Tahap Sasaran, Sempat Cecah $2,030 Semalam

748

Emas alami peningkatan untuk empat hari berturut-turut semasa sesi Amerika di saat para pelabur di AS meneliti laporan ekonomi terkini.

Berita berkenaan tindakan kerajaan China menurunkan kadar faedah memberi kelebihan pada harga emas dan penurunan hasil bon Perbendaharaan AS.

Sementara itu, harga emas naik tinggi pada pembukaan kepada $2,025.41 iaitu naik sebanyak 0.05% berbanding $2,024.29 semalam.

Data ekonomi AS minggu lepas iaitu Indeks Harga Pengguna (IHP) dan Indeks Harga Pengeluar (IHPR) memberi kekusutan pada situasi ekonomi Amerika Syarikat. Kadar inflasi bergerak terhad dan sukar untuk melepasi sasaran ramalan.

Kini, hasil bon Perbendaharaan AS mengenepi lebih rendah seperti yang digambarkan oleh hasil nota 10 tahun turun empat mata asas kepada 4.256%.

Pelabur kini mengamalkan sikap berhati-hati terhadap pandangan Federal Reserve kerana data daripada Lembaga Perdagangan Chicago (CBOT) menjangkakan Fed bakal menurunkan kadar sebanyak 102 mata asas pada 2024.

Namun begitu, mata wang USD sedang mengalami kekurangan data ekonomi di AS yang dapat menyokongnya sepanjang minggu ini. Peserta pasaran kini menunggu keluaran Minit Mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) awal Khamis, pada jam 3.00 pagi.

Melihat secara teknikal, harga logam kuning kini berada dalam fasa pergerakan tidak menentu sejak minggu lepas yang bermula pada paras $1,965.45 dan melonjak tinggi hingga kini yang mencecah $2,033.69. Pasaran kini meletakkan paras halangan seterusnya pada $2,050 dan $2,065.

Jika sebaliknya, peserta meletakkan tahap sokongan bawah pada $2,000 atau $1,998 sekiranya harga emas melakukan lantunan pada hari ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat