Emas Menggila! Meroket Tinggi Sampai Cecah $2,120 Di Sebalik Kegawatan Ekonomi AS

1,253

Komoditi emas kini didagangkan tinggi dan mengukuh di atas paras $2,100 kerana para pelabur terus meneliti data inflasi dan aktiviti ekonomi AS yang menurun sejak minggu lepas.

Buat masa ini, jangkaan pasaran mengenai penurunan kadar faedah semakin hangat diperkatakan untuk bulan Mei dan akan ketara menjelang Jun. Emas dijangka kurang bertindak positif menjelang data buruh kritikal di AS yang dijangkakan pada minggu.

Harga emas kini berada pada paras $2,112.52 iaitu turun sebanyak 0.10% daripada ia dibuka pada pembukaan awal pagi tadi.

Logam kuning itu mula mendapatkan momentum kenaikannya pada Khamis lepas selepas laporan Perbelanjaan Penggunaan Peribadi (PCE) yang merendah untuk Januari dan Jumaat iaitu data Pembelian Pembuatan (PMI) Institut Pengurusan Bekalan (ISM) yang lemah untuk Februari serta menimbulkan kebimbangan mengenai kelembapan ekonomi.

Walau bagaimanapun, beberapa pegawai Fed masih mengekalkan pendiriannya teguh pada retorik tiga pemotongan kadar faedah pada 2024 bermula pada bulan Jun.

Pasaran kini mengesahkan semula pertaruhan mereka pada pelonggaran bermula pada Jun disebabkan oleh laporan hasil Perbendaharaan AS yang bakal mengehadkan kenaikan harga emas.

Melihat secara teknikal, kenaikan tinggi pada XAU/USD mempamerkan situasi pasaran yang terlebih beli dan menunjukkan momentum positif.

Dalam konteks yang lebih luas, pasangan XAU/USD kekal di atas 20,100 dan Purata Pergerakan Mudah (SMA) 200 hari menandakan sentimen kenaikan harga masih berlaku dalam jangka panja

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat