Emas Meningkat Ke Paras Tertinggi Untuk Minggu Ini.

57

Harga emas berada di paras tertinggi pada pasaran Asia hari ini selepas dolar yang lemah meningkatkan permintaan terhadap logam berharga terutamanya dari India dan China (dua negara import terpenting).

Harga kontrak emas bagi bulan Desember di Comex New York Merchantile Exchange (NYMEX) meningkat 0.08% kepada $1,265.64 per ounce setakat jam 11.38 pagi.

Dalam laporan tahunan data imbangan perdagangan (Trade Balance) China bagi bulan Julai hari ini melaporkan kenaikan 11.2% pada pasaran eksport, 14.7% pasaran import dan lebihan imbangan sebanyak $321.2 billion yuan.Kedua-dua laporan tersebut berada dibawah jangkaan dan paras ini menunjukkan perkembangan pasaran eksport yang semakin perlahan sejak Februari dan pasaran import yang semakin lemah sejak Desember 2016.

Walaupun data dari China kurang memuaskan, harga emas masih kekal di paras tertinggi 7 minggu yang lalu. Hal ini berikutan tumpuan para pelabur adalah pada data inflasi US hari Khamis dan Jumaat yang bakal menjadi ukuran baru terhadap pandangan Federal Reserve berkenaan perubahan monetari polisi mereka.

Peningkatan harga emas pada hari juga terkesan dengan komen daripada James Bullard, Presiden Fed di St. Louis dalam persidangan Pasaran Koperasi Kapas Amerika di Nashville bahawa kadar faedah dijangka tidak akan berubah dalam masa terdekat.

Inflasi yang bergerak perlahan antara faktor utama keraguan para pelabur terhadap perubahan polisi Federal Reserve, sekaligus menekan dolar dan bon Amerika, di samping membantu harga emas untuk kekal berada di paras tertinggi tujuh minggu yang lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat