Emas Naik Tinggi Semula, Ambil Kesempatan Di Sebalik Kelemahan USD

705

Emas naik lebih tinggi pada Selasa selepas ia melantun dari paras terendah dua minggu pada $2,325 Jumaat lepas. Peningkatannya itu didorong oleh kejatuhan sederhana dolar AS dan konflik ketegangan geopolitik yang berterusan di Timur Tengah.

Jika sentimen pasaran masih dipengaruhi dengan minit Fed Hawkish dan data ekonomi AS yang kukuh sebelum ini, ia berkemungkinan akan menyokong kembali mata wang dolar dalam masa terdekat. Namun, pasaran masih kekal nantikan data utama inflasi AS minggu ini.

Sementara itu, harga emas kini berada pada paras $2,354.65 iaitu naik sebanyak 0.15% sejak ia dibuka pada sesi dagangan Asia pagi tadi.

Data tinjauan keyakinan pengguna AS dijadualkan pada Selasa bersama-sama dengan ucapan Neel Kashkari, Mary Daly dan Lisa Cook sebagai petunjuk lanjut Fed seterusnya. Komen yang hawkish dan petanda inflasi mampu mengalihkan kembali prospek penurunan kadar yang pertama.

Indeks Harga Perbelanjaan Teras AS (PCE) akan menjadi tumpuan utama pada Jumaat. Jika berlaku pengukuhan, peningkatan USD bakal berlaku dan memberikan tekanan jualan buat harga emas dalam pasaran.

Dari sudut teknikal, pasaran meletakkan posisi $2,430 sebagai paras rintangan. Sebarang lonjakan belian di atas paras tersebut akan terus menarik harganya ke paras tertinggi sepanjang masa pada $2,450 dan ke halangan psikologi $2,500.

Jika berlaku lantunan menurun, sasaran pertama akan diletakkan pada posisi $2,300. Pelanggaran tahap itu boleh mengheret logam kuning kepada $2,268 diikuti dengan paras $2,220.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat