Emas Nyaris Tembus All-Time High, Berjaya Menapak Kukuh Di Atas $2,100

798

Emas meneruskan pendakiannya untuk sesi dagangan kelima pada hari Selasa. Harganya itu menghampiri paras tertinggi sepanjang masa sekitar $2,145 yang berlaku pada 4 Disember 2023 di saat hasil Perbendaharaan AS mengalami tekanan.

Hasil Perbendaharaan AS 10 tahun turun mendadak kepada 4.15% pada sesi awal Amerika baru-baru ini.

Harga emas kini berada pada paras $2,126.98 iaitu turun sebanyak 0.07% sejak pembukaan awal dagangan pagi tadi.

Buat masa ini, kenaikan harga emas disokong oleh sentimen pasaran yang berhati-hati akibat peningkatan pertaruhan bahawa Federal Reserve (Fed) akan mengurangkan kadar faedahnya dalam mesyuarat dasar Jun.

Walau bagaimanapun, tinjauan jangka pendek untuk harga emas kekal tidak menentu kerana para pelabur masih menantikan ucapan Pengerusi Fed, Jerome Powell di hadapan Kongres pada pukul 11 malam ini (Rabu).

Selain itu, beberapa data penting juga turut muncul pada malam ini seperti JOLTS Job Openings untuk Januari dan data ADP Employment Change.

Ucapan daripada Jerome Powell mengenai inflasi dan prospek kadar faedah bakal mengurangkan kerisauan yang semakin bergolak berkenaan ramalan pemotongan kadar faedah oleh Fed. Jika lontarannya itu bernada hawkish, ini akan menjatuhkan nilai emas kerana ia akan meningkatkan kos pegangan aset pelaburan tersebut.

Hujung minggu ini, laporan Pekerjaan Bukan Ladang (NFP) AS untuk Februari akan memberikan petunjuk baru berkaitan permintaan buruh dan pertumbuhan gaji. Selain daripada mengekalkan inflasi, mencapai data pekerjaan maksimum adalah mandat utama Fed semasa membuat keputusan mengenai kadar faedah nanti.

Melihat secara teknikal, harga emas menyaksikan arus belian yang kukuh selepas ia berjaya melepas paras tinggi sukar iaitu $2,140 semalam.

Logam berharga itu boleh memanjangkan kenaikannya ke arah rintangan mendatar yang diplotkan daripada paras tertinggi 4 Disember pada $2,144.48.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat