Emas Nyaris Terkulai, Mesyuarat FOMC Bantu Beri Lonjakan Penyelamatan

590

Emas meningkat melepas paras $2,300 semula semalam (Rabu) selepas Federal Reserve (Fed) mengekalkan kadar tidak berubah dan mengumumkan bahawa mereka mengurangkan kadar berdasarkan data-data terkini.

Selain itu, Pengerusi Fed Jerome Powell memilih untuk berdiam diri dalam memberitahu rancangan hadapan mengenai penurunan kadar faedah sepanjang tahun ini.

Sementara itu, harga emas kini memulakan lanjutan penurunan semula ke paras $2,318.58 iaitu turun sebanyak 0.95% sejak ia dibuka pada awal sesi dagangan Asia. Sejurus selepas laporan FOMC itu, emas berjaya mencapai posisi $2,328 sebelum ia merendah semula.

Powell dalam ucapannya berkata mereka tidak wajar untuk mengurangkan kadar sehingga laporan ekonomi yakin dapat membawa inflasi ke sasara 2% dan beliau memberi bayangan bahawa kadar inflasi bakal memberi halangan besar pada tahun ini.

Semasa mesyuarat itu, Powell berkata mereka akan memutuskan dasar monetari dengan melakukan kekerapan perjumpaan sambil memperhatikan beberapa data penting dalam memastikan peralihan berjalan lancar untuk pasaran wang.

Katanya lagi, Fed meyakini bahawa dasar monetari cukup untuk mengehadkan kenaikan inflasi berlebihan dan mengurangkan potensi pertambahan dalam kadar faedah buat masa ini.

Fed sebelum ini mengekalkan kadar dana persekutuan pada 5.25% hingga 5.50%. Walau bagaimanapun, kemajuan inflasi masih dalam situasi yang membimbangkan dan hanya data-data terkini mampu memberikannya halangan.

Di samping itu, pembuat dasar Fed mengumumkan perubahan ketara pada dasar kunci kira-kira mereka. Bermula pada bulan Jun, mereka akan mengurangkan pengurangan bulanan pegangan dalam sekuriti Perbendaharaan AS daripada $60 billion kepada $23 billion.

Hal ini akan menandakan peralihan dalam pendekatan mereka dalam normalisasikan kunci kira-kira.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat