Emas ‘Sunyi’ Seketika, Bergerak Sempit Menjelang Laporan KDNK AS

439

Emas menunjukkan kenaikan sederhana akibat terperangkap dalam julat sempit semasa pertengahan sesi New York semalam (Selasa) dan didorong oleh kejatuhan hasil bon Perbendaharaan AS.

Impaknya, mata wang dolar AS turut melemah serta Indeks Dolar (DXY) yang mengukur dolar AS berbanding enam mata wang utama lain turut merosot sedikit dengan susut sebanyak 0.05%.

Harga emas kini berada pada paras $2,032.45 iaitu naik sebanyak 0.09% sejak pembukaan awal pagi tadi.

Logam kuning itu kini berlegar-legar di atas $2,030 semasa para pelabur bersiap sedia untuk menantikan laporan Perbelanjaan Penggunaan Peribadi (PCE) terkini pada Khamis dan menentukan hala tuju sebenar kadar inflasi seterusnya.

Selain itu, data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) terkini mampu menjadi pemangkin untuk mendorong harga emas keluar dari kawasan harga yang sempit dalam anggaran $2,020 hingga $2,050.

Sebelum ini, Jabatan Perdagangan AS mendedahkan bahawa laporan Pesanan Barangan Tahan Lama AS pada bulan Januari menjunam secara mendadak dan ia lebih teruk daripada jangkaan. Ini akan mencerminkan keputusan data untuk suku pertama KDNK 2024 di AS.

Sementara itu, data Harga Rumah pula bercampur-campur apabila permintaan pembeli meningkat berbanding sebelumnya. Minggu ini para pelabur perlu memberikan tumpuan mereka pada laporan KDNK Prelim suku keempat 2023 pada jam 9.30 malam ini dan PMI pada Jumaat ini.

Secara teknikalnya, pergerakan harga emas kini bergerak ke arah ‘bearish’ yang lebih jelas selepas gagal menembusi paras rintangan psikologinya iaitu $2,035 untuk hari ke 12 berturut-turut.

Walau bagaimanapun, ia masih bergerak kukuh dan berpotensi untuk melepasi paras rintangan tersebut serta seterusnya menuju sasaran berikutnya iaitu $2,050.

Jika sebaliknya, pasaran meletakkan paras sokongan bawah pada $2,016.15 dan $2,009.42.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat