Emas Tak Gayat Ke Tu Kat Puncak? Jangan Sampai Jatuh Pula

950

Harga emas kini menunjukkan kenaikan untuk minggu ketiga berturut-turut selepas data komponen inflasi Amerika Syarikat (AS) iaitu indeks PCE menunjukkan peningkatan yang lemah.

Namun, para pelabur kini lebih terarah kepada pertaruhan berkenaan kadar faedah di AS dan ucapan Pengerusi Federal Reserve (Fed), Chair Powell pada penghujung minggu ini.

Pasaran emas spot naik sebanyak 0.2% kepada $2,039.42 per auns selepas mencanak lebih $60 pada bulan November untuk dua bulan berturut-turut. Emas dijangka akan terus meningkat pada Februari depan sebanyak 0.1% kepada $2,059.

Menurut penganalisis City Index Senior, Matt Simpson berkata bahawa jika para trader yakin berkenaan potongan kadar faedah Fed pada tahun 2024. Mereka juga harus yakin bahawa inflasi PCE akan bergerak lebih perlahan dan itu jelas akan memberi peluang kepada harga emas.

Data semalam menunjukkan perbelanjaan pengguna AS meningkat sederhana pada bulan Oktober dan peningkatan tahunan inflasi adalah yang paling perlahan dalam tempoh 1 hingga 2 tahun.

Pergerakan inflasi yang tidak ketara dan pasaran buruh yang reda mencetuskan Fed untuk menamatkan kempen kenaikan kadar faedah serta bakal memotongnya pada beberapa bulan akan datang.

Ramai trader kini meletakkan pertaruhan mereka bahawa bank pusat AS akan memotong kadar faedah pada bulan Mei dan ini akan mengurangkan kos untuk pemegang emas tanpa faedah.

Pergerakan indeks dolar (DXY) dan hasil perbendaharaan 10 tahun menunjukkan prestasi bulanan paling lemah pada tahun ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat