Emas Termurah 2 Setengah Tahun!

3,961

Emas tergelincir lebih rendah pada pembukaan dagangan awal minggu, dilemahkan US dolar yang terus menguat dan jangkaan untuk lebih banyak kenaikan kadar faedah oleh Federal Reserve (Fed).

Pada sesi Asia, logam kuning itu tenggelam ke paras terendah sejak April 2020 pada $1,626 per auns sebelum sedikit melantun pada $1,640, manakala niaga hadapan emas pula didagangkan pada $1,647 per auns.

Sesi pembukaan pasaran awal minggu melihatkan lonjakan US dolar ke paras ketinggian baharu 20 tahun dan hasil perbendaharaan AS 10 tahun pula paling tinggi 12 tahun.

Ini bukan sahaja menyebabkan kejatuhan mata wang utama, tetapi juga menolak logam berharga lebih rendah.

Keputusan Fed untuk meningkatkan kadar 75 mata asas minggu lalu, dan isyarat untuk kenaikan seterusnya terus menyokong dagangan US dolar dan membantutkan dagangan emas.

Bacaan data PMI pembuatan dan perkhidmatan Amerika Syarikat yang lebih kukuh juga menambah sokongan buat mata wang USD untuk menguatkan kedudukan berbanding pesaing utamanya.

Menjadi tumpuan seterusnya buat pelabur emas adalah ucapan daripada beberapa penggubal dasar Fed minggu ini, termasuk Pengerusi Jerome Powell.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat