Emas Terus Maju Menjelang Mesyuarat FOMC!

1,752

Emas terus menunjukkan pemulihan pada hari Rabu ketika US dolar membataskan kenaikan di tengah tidak kepastian terhadap petunjuk dasar dari Federal Reserve (Fed) mengenai pengurangan rangsangan.

Pada sesi Asia, spot emas diniagakan meningkat pada sekitar harga $1,777 per auns sementara niaga hadapan emas pula sedikit berubah pada $1,778 per auns.

Dolar greenback pula didagangkan mendatar berbanding pesaing utama, mencerminkan kewaspadaan pelabur sebelum pengumuman keputusan mesyuarat FOMC pada awal pagi Khamis.

Para pelabur kini mengharapkan Fed akan memberi isyarat untuk melakukan pengurangan rangsangan, namun angka pekerjaan yang lemah dan inflasi pula menurun menyebabkan timbul keraguan untuk bank pusat melakukan demikian.

Sekiranya pengurangan pembelian aset akan mula dilaksanakan, Pengerusi Jerome Powell perlu memberi isyarat jelas pada hari esok bagi memberi pasaran lebih banyak masa untuk bersiap sedia.

Sementara itu, isu Evergrande yang sebelum ini turut menyokong kenaikan emas telah mula beransur-ansur mereda, selepas unit utama Evergrande China, Hengda Real Estate Group mengumumkan bahawa ia akan membuat pembayaran kupon untuk ‘onshore bonds’ yang dijadualkan pada hari esok.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat