Emas Teruskan Rentak Pendakian, Pasaran Nantikan Data PMI Terbaru

659

Dagangan emas tidak menunjukkan sebarang perubahan selepas Federal Reserve (Fed) menerbitkan laporan minit mesyuarat FOMC pada awal pagi tadi.

Pasaran masih kekal melihat Fed tidak terlalu tergesa-gesa dalam mengurangkan kadar faedah dalam masa terdekat.

Harga emas kini berada pada paras $2,026.88 iaitu naik sebanyak 0.05% pada pembukaan berbanding 2,026.09 pada semalam.

Walau bagaimanapun, pengumuman pegawai FOMC yang agak hawkish mendorong pasaran untuk lebih berjaga-jaga. Hasil bon Perbendaharaan AS kekal dalam paras biasa semasa diterbitkan dan nilai mata wang USD juga turut menurun.

Minit Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) menunjukkan pegawai Fed masih teragak-agak dalam mengurangkan kadar faedah terlalu awal. Mereka masih meletakkan sasaran lebih mampan dalam kadar inflasi ke arah 2% sebelum memutuskan apa-apa keputusan mengenainya.

Penggubal dasar mengakui bahawa risiko untuk mencapai kedua-dua keputusan adalah sesuatu yang penting dalam meningkatkan ekonomi AS. Namun, mereka perlu memberi fokus pada risiko inflasi walaupun pasaran lebih condong ke bawah.

Selain itu, Perbendaharaan 10 tahun AS meningkat tiga setengah mata asas pada 4.315% dan Indeks Dolar AS (DXY) turun 0.04% kepada 104.01.

Sementara itu, pasaran bakal disajikan dengan data Indeks Pengurus Pembelian (PMI) AS pada jam 10.45 malam ini. Pasaran menjangkakan ia akan alami perubahan tidak ketara bagi kedua-dua laporan PMI Pembuatan dan Perkhidmatan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat