US dolar jatuh berbanding metawang-matawang utama yang lain dalam sesi dagangan US pada Selasa, apabila terdapat laporan yang mengaitkan anak sulung Donald Trump dengan Rusia.
Dalam emel tersebut Donald Trump Jr. dilihat mengalu-alukan pertolongan dari peguam Rusia untuk ayahnya dalam kempen pilihanraya 2016 dengan mendapatkan informasi negatif Hillary Clinton tahun lalu.
Usd/Jpy jatuh sehingga hampir 120 pip sejak semalam dari paras tertinggi Selasa 114.49 kepada 113.30 setakat pukul 3.59 pm.
Eur/Usd pula naik sehingga hampir 100 pip, namun pasangan matawang ini dilihat jatuh sejak tiga jam lalu dari paras tertinggi 1.1488 yang berhampiran dengan paras resistance signifikan 1.5000.
Walaupun sehingga setakat Sesi Eropah pada Selasa kecenderungan emas masih dilihat ke bawah, namun laporan negatif politik US ini berjaya menolak emas ke atas sehingga merekod keuntungan dua hari berturut-turut.
Setelah beberapa tempoh pasaran tidak terganggu dengan krisis politik Trump, akhirnya kontroversi terbaru ini agak mengganggu prestasi US dolar yang mengukuh sejak minggu lalu yang membawa beberapa pasangan matawang major seperti usd/Jpy menjunam pada Selasa. Tidak lupa juga prestasi pasaran ekuiti di Wallstreet yang terganggu, tetapi berjaya mendapat semula keuntungan.
Namun, beberapa penganalisis pasaran kewangan global melihat perkara ini tidak begitu signifikan dan kesannya kepada pasaran hanya sementara. Emel tersebut sendiri tidak menunjukkan bukti kukuh yang mengaitkan kesalahan individu di sisi undang-undang dan perkembangan terbaru ini dijangka tidak akan mencetuskan sentimen risk-off di dalam pasaran.