Emirates Airline Mahu Guna Bitcoin Sebagai Perkhidmatan Pembayaran, Lancarkan NFT

1,042

Pergolakan pasaran kripto tidak membantutkan hasrat syarikat penerbangan Kesatuan Emiriah Arab Bersatu (UAE), Emirates untuk menerapkan teknologi digital, merangkumi blockchain, metaverse, dan mata wang kripto.

Terbaru, ketua pegawai eksekutif Emirates, Adel Ahmed Al-Redha memaklumkan syarikatnya bersedia menggunakan Bitcoin sebagai perkhidmatan pembayaran untuk seluruh ekosistem syarikat itu.

Tidak cukup dengan itu, mereka juga mahu mempelbagaikan lagi produk Emirates melalui siri koleksi non-fungible token (NFT).

Sejajar dengan matlamat ini, Emirates akan melantik staf baharu yang memiliki kepakaran dalam metaverse dan NFT bagi memastikan aplikasi baharu kelak memenuhi kehendak pengguna mereka.

Metaverse & transformasi

Ketika industri penerbangan sedang mencatatkan pemulihan melalui peningkatan pengguna yang positif, CEO Emirates yakin kehadiran metaverse bukan sekadar faktor trend tetapi kewujudannya mampu mengubah keseluruhan proses:

“..tidak kiralah dalam operasi, latihan, jualan di laman web, atau pengalaman penuh, ia menjadikan segalanya lebih interaktif.”

Walaupun ketercapaian sumber di seluruh rangkaian dilihat terhad tetapi Al-Redha yakin ia jauh lebih baik berbanding negara-negara lain kerana penerimaan teknologi tersebut.

Ketika penulisan, BTC mencatatkan peningkatan harga sebanyak lebih 9%, didagangkan pada $30,493.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat