Emirates Perlukan Tempoh 4 Tahun Untuk Beroperasi Sepenuhnya!

558

Umum mengetahui bahawa wabak pandemik COVID-19 telah memberikan impak yang besar terhadap ekonomi global. Bukan itu sahaja! Kebanyakan industri terutamanya penerbangan didakwa telah terjejas akibat daripada perintah berkurung atau kawalan pergerakan yang dikuatkuasakan oleh negara-negara di seluruh dunia.

Emirates yang merupakan syarikat penerbangan yang berpangkalan di Dubai ini dikhabarkan telah terjejas akibat penularan wabak coronavirus di seluruh dunia. Berikutan dengan penularan tersebut, Emirates terpaksa menghadkan perkhidmatan mereka. Sebelum ini, syarikat berkenaan menyediakan penerbangan ke 157 destinasi di 83 buah negara.

Menurut Presiden Emirates, Tim Clark, syarikat berkenaan memerlukan tempoh sekurang-kurangnya 4 tahun bagi meneruskan penerbangan mereka ke seluruh rangkaian yang telah terjejas akibat penularan wabak berbahaya itu.

Selain itu, syarikat tersebut mendedahkan bahawa mereka sedang berdepan dengan detik paling sukar dalam sejarah penubuhannya selama 35 tahun bahkan pada semalam, beberapa orang kakitangan mereka terpaksa diberhentikan.

Walau bagaimanapun, jika vaksin COVID-19 berjaya ditemui pada awal tahun hadapan, Emirates dijangka mampu untuk pulih sepenuhnya pada musim panas tahun 2021.  Di samping itu, terdapat kemungkinan bahawa permintaan terhadap sektor penerbangan akan meningkat pada tahun 2023 dan 2024 jika situasi ekonomi global sudah terkawal.

Tambah Tim Clark lagi, langkah penjarakan sosial yang perlu dipatuhi di dalam pesawat didakwa tidak munasabah dari segi ekonomi dan persekitarannya kerana bilangan penumpang terpaksa dihadkan. Buat masa kini, Emirates menetapkan garis panduan agar setiap penumpang memakai topeng muka dan sarung tangan ketika menaiki pesawat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat