EMURGO Bakal Lancarkan Penghubung DApps Untuk Pengguna Cardano (ADA)

233

EMURGO telah mengumumkan akan melancarkan platform terbaru yang menghubungkan interaksi di antara pengguna Cardano (ADA) dengan aplikasi desentralisasi (dApps) di rangkaian blockchain.

Firma teknologi blockchain itu ada menjelaskan penghubung dApp wallet Yoroi itu kelak membolehkan pemegang ADA mengakses aplikasi desentralisasi di blockchain Cardano secara langsung dari pelayar web dengan menggunakan plugin.

Untuk pengetahuan, Yoroi ialah sebuah wallet kripto, di mana pengguna boleh menguruskan pegangan ADA hanya menggunakan telefon mudah alih.

Melalui pengaktifan penghubung tersebut, pengguna berpeluang untuk menjalankan sebarang aktiviti yang diluluskan dApps termasuk urusan pembelian atau penjualan token, mendapatkan akses kepada sumber, atau menggunakan ciri lain yang ditawarkan oleh dApp.

Ini merupakan satu lagi khabar baik berkaitan Cardano ketika rangkaian itu menghampiri penghujung hard fork Alonzo.

Rata-rata peminat Cardano teruja dengan penambahbaikan ini kerana di pengakhiran Alonzo, fungsi kontrak pintar dan sokongan kepada pembangun dApps kewangan desentralisasi (DeFi) akan dilancarkan.

Pada masa yang sama, pengasas Cardano Charles Hoskinson teruja untuk menyaksikan sendiri pelancaran Alonzo yang dijangka berlaku pada September ini, sekaligus menamatkan era Goguen.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat