Cardano Alonzo White Kini Bersiaran, Bakal Bersaing Dengan Ethereum, Solana & Binance Smart Chain (BSC)

705

Hard fork Cardano, Alonzo White secara rasminya telah bersiaran.

Untuk pengetahuan, hard fork Alonzo adalah salah satu pembaharuan yang dilakukan oleh pembangun Cardano dalam memperkenalkan ciri terbaru ke rangkaian tersebut.

Ia dilancarkan pada 27 Mei sebelum kontrak pintar dilancarkan sepenuhnya, iaitu pada penghujung Alonzo.

Sebagai rekod, Alonzo bersiaran mengikut fasa. Ia bermula dengan Alonzo Blue yang berlaku pada akhir Mei dan kini sudah memasuki Alonzo White mengikut tarikh yang ditetapkan.

Dalam fasa ini, rangkaian Cardano akan menyaksikan peningkatan jumlah testers (penguji) dan lebih banyak fungsi diterapkan.

Seterusnya, Alonzo akan berpindah kepada fasa Purple, yang mana ia dijangka akan tersedia untuk stake pool operators (SPOs) dan perintis.

Tamat ketiga-tiga fasa Alonzo ini, kontrak pintar akan beroperasi serta-merta dan menamatkan era Goguen.

Ini juga bermakna, Cardano bakal membangunkan sektor kewangan desentralisasi (DeFi) dan bersaing dengan rangkaian lain seperti Ethereum, Binance Smart Chain (BSC), dan Solana.

Malah, pengasasnya Charles Hoskinson tidak teragak-agak untuk memperkenalkan pasaran non-fungible token (NFT) sebaik sahaja Alonzo tamat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat