Testnet Pertama Cardano ‘Alonzo’ Kini Dilancarkan!

1,009

Alonzo, testnet pertama untuk platform Cardano akhirnya dilancarkan pada 27 Mei.

Dikhabarkan Alonzo berlangsung dalam beberapa fasa dan setiap fasa akan dikenali melalui warnanya. Misalnya buat masa sekarang, fasa Alonzo ditandai dengan warna biru. Selanjutnya akan bersambung dengan Alonzo White dan Alonzo Purple.

Dianggarkan ia memakan masa berbulan-bulan sebelum sepenuhnya dilaksanakan.

Untuk pengetahuan, Alonzo merupakan hard fork Cardano yang mana akan memperkenalkan ciri terbaharu bagi rangkaian tersebut melalui  integrasi Plutus script, komponen yang membolehkan kontrak pintar berada di rangkaian Cardano.

Proses tersebut secara tidak langsung akan membawa kepada pembangunan aplikasi desentralisasi (dApps) terbaharu termasuk yang berkaitan dengan kewangan desentralisasi (DeFi).

Patutlah komuniti kripto teruja dengan Cardano kerana dijangka akan membuat ‘kejutan’ tidak lama lagi, didorong oleh projek yang bertimpa-timpa.

ADA juga sejak beberapa bulan lalu menunjukkan pergerakan yang positif yang paras tertinggi sepanjang masa (ATH) direkodkan pada $2.46 pada 16 Mei.

Bagaimanapun ketika penulisan, ADA mencatatkan penyusutan lebih 8% dalam 24 jam dengan nilai semasa $1.57.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat