Here are some of the important economic data that will be the focus of the market throughout this week.
SELASA (13 Ogos 2024)
Data Pekerjaan UK (2.00 Petang) – Komponen pada laporan pekerjaan UK akan terus diperhatikan untuk pelabur menilai gambaran bagi hala tuju dasar monetari bank pusat England yang seterusnya selepas memulakan pemotongan kadar faedah pada mesyuarat sebelum ini.
Data PPI AS (8.30 Malam) – Bacaan inflasi pengeluar di Amerika akan memberi petunjuk awal terhadap inflasi di tahap pengguna dengan ramalan angka yang menurun untuk bulan Julai lalu.
RABU (14 Ogos 2024)
Mesyuarat Polisi RBNZ (10.00 Pagi) – Bank pusat New Zealand dijangka akan terus mengekalkan kadar faedah tidak berubah di paras 5.50% untuk mesyuarat edisi Ogos 2024. Ucapan susulan oleh gabenor akan menjadi petunjuk penting yang bakal pengaruhi pergerakan mata wang Kiwi.
Data Inflasi UK (2.00 Petang) – Kadar inflasi tahunan UK diramalkan meningkat dari paras 2.0% kepada 2.3% untuk Julai. Peningkatan inflasi boleh mendorong bank pusat untuk kembali melaksanakan langkah pengetatan dasar monetari.
Data Inflasi AS (8.30 Malam) – Menjadi data tumpuan utama pada minggu ini, kadar inflasi pengguna akan menjadi indikator penting kepada Federal Reserve sama ada kadar faedah akan diturunkan atau sebaliknya pada mesyuarat September nanti. Angka ramalan adalah inflasi kekal di paras 3.0%.
KHAMIS (15 Ogos 2024)
Data Pekerjaan Australia (9.30 Pagi) – Pasaran menjangkakan pertambahan yang lebih perlahan untuk pekerjaan Australia bagi bulan Julai selepas berlaku lonjakan pada pertambahan bulan Jun sebelumnya. Kadar pengangguran dijangka kekal di paras 4.1%.
Data KDNK UK (2.00 Petang) – Pertumbuhan ekonomi UK pada Jun dijangka lebih perlahan selepas data-data lain juga suram sehingga mendorong bank pusat menurunkan kadar faedah. Beberapa data lain akan diterbitkan bersama turut akan diperhatikan termasuk data imbangan dagangan dan pengeluaran industri.
Data Jualan Runcit AS (8.30 Malam) – Selain inflasi, kadar jualan runcit di Amerika juga turut akan dinilai. Perubahan pada nilai jualan runcit memberikan gambaran berkenaan perbelanjaan pengguna dan aktiviti ekonomi.
JUMAAT (16 Ogos 2024)
Data Jualan Runcit UK (2.00 Petang) – Kadar jualan runcit di UK pada Julai dijangkakan kembali meningkat positif semula selepas pada bulan sebelumnya mencatatkan penguncupan angka ke paras negatif.