Berbanding prestasi suram sepanjang minggu lepas, dagangan emas pamerkan corak pergerakan harga yang lebih positif pada pembukaan awal minggu semalam.
Mata wang US dolar yang didagangkan bercampur telah membuka ruang untuk harga emas paparkan kenaikan dan keluar dari zon mendatar sebelum ini.
Walaupun ada peningkatan yang dipaparkan, namun pelabur kekal berjaga-jaga dengan sebarang situasi yang tidak dijangka boleh berlaku ke atas emas ketika data-data penting dinanti untuk diterbitkan minggu ini terutamanya inflasi Amerika Syarikat (AS).
Pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga dilihat telah berjaya membuat kenaikan semalam melepasi paras 2650.00 yang dilihat sebagai paras rintangan buat harga minggu lepas.
Kenaikan sehingga ke awal sesi New York itu mencapai ketinggian 2676.00, namun harga berundur turun semula sebelum perlahan di sekitar 2660.00.
Walaupun menunjukkan isyarat bullish dengan pergerakan di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta itu, namun harga dilihat kekal berlegar perlahan di bawah zon 2670.00 pada dagangan sesi Asia dan Eropah hari ini (Selasa).
Sekiranya harga berjaya pamerkan lonjakan kukuh di atas zon 2670.00, pelabur akan lebih yakin untuk menjangkakan pergerakan bullish emas minggu ini.
Sasaran kenaikan harga adalah untuk mencapai semula ketinggian 2720.00 yang dicatatkan pada minggu terakhir dagangan November lepas.
Namun jika tidak berlaku, sebaliknya harga emas menjunam semula pada dagangan sesi-sesi berikutnya, berkemungkinan harga akan menghampiri zon tumpuan 2600.00.
Jika zon tersebut gagal menjadi support buat harga, risiko kejatuhan lebih rendah terhadap emas sehingga boleh mencecah ke sekitar 2540.00.
See the XAU/USD price chart image below for your technical analysis reference.