Kegembiraan para pelabur emas pada minggu lalu terbantut ketika dagangan pembukaan awal minggu semalam menyaksikan corak pergerakan harga yang berbeza dipaparkan.
Pada Jumaat lalu, harga emas berjaya melonjak naik semula susulan faktor penyusutan US dolar yang berlaku apabila momentum pengukuhan selepas data inflasi pengguna yang diterbitkan gagal diteruskan.
Susulan pasaran Amerika yang bercuti pada Isnin semalam, US dolar bergerak mendatar yang turut mempengaruhi pergerakan ‘sendu’ harga emas.
Dapat diperhatikan pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga mendatar di atas zon 2050.00 semalam.
Sebelum itu, pelabur telah menyaksikan lonjakan kukuh emas dari paras terendah sekitar 2013.00 minggu lalu hingga melepasi paras 2050.00 pada penutup minggu tersebut.
Namun momentum lonjakan harga gagal diteruskan semalam dan menyambung dagangan pada hari ini (Selasa), harga emas berlegar di zon 2050.00 di sesi Asia bersambung ke sesi Eropah.
Pelabur juga tetap memerhati isyarat pergerakan emas semasa yang berpotensi untuk mengukuh susulan suasana pasaran yang sedang berisiko ketika ini.
Pergerakan perlahan harga dilihat berlegar menguji garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD tersebut di sekitar zon 2050.00.
Sekiranya harga kembali melantun membuat kenaikan, ini akan menjadi petunjuk awal untuk pergerakan bullish buat emas.
Zon sekitar 2060.00 dilihat sebagai halangan terhampir untuk diatasi sebelum kenaikan lebih tinggi harga bakal menuju ke zon 2070.00.
Sebaliknya jika harga terjun di bawah zon 2050.00, pelabur perlu bersedia untuk kejatuhan parah harga emas yang boleh mencecah semula paras 2013.00 yang dicecah minggu lalu.
Penurunan lebih rendah boleh berlaku jika harga terus melepasi zon itu dan seterusnya menuju zon tumpuan berikutnya pada 2000.00.
See the XAU/USD price chart image below for your technical analysis reference.
The chart displayed above uses the SaracenMarkets platform, open your trading account at SaracenMarkets today. – CLICK HERE – START TRADING NOW