Harga emas pada Jumaat melakukan kenaikan yang sangat drastik selepas Jerome Powell iaitu pengerusi Rizab Persekutuan (FED) mengukuhkan jangkaan bahawa bank pusat Amerika Syarikat (AS) akan mengurangkan kadar dasar faedah pada bulan September nanti di acara simposium Jackson Hole pada Jumaat yang lepas.
Tumpuan pasaran pada minggu ini akan terarah kepada data-data yang bakal dikeluarkan seperti Tuntutan Pengangguran dan Keluaran Dalam Negara Kasar awal (Prelim GDP q/q) pada Khamis ini.
Sentimen pasaran seperti ketegangan yang berlaku di Timur Tengah juga mungkin dijangka akan mempengaruhi pasaran emas dengan memberi kelebihan kepada harganya berikutan aset tersebut merupakan ‘safe-haven’dalam kalangan pelabur.
Berdasarkan carta harian, harga emas masih lagi sedang membuat pergerakan ‘uptrend’ selepas membuat penurunan sementara $2508.
Pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga berada di sekitar 2521.00 setelah penurunan mencecah sekitar 2501.00.
Sekiranya harga ingin melakukan penurunan semula, paras 2511.00 itu akan menjadi sasaran untuk harga menguji zon penting tersebut.
Melepasi zon tersebut akan memberi isyarat penurunan harga untuk diteruskan dengan paras $2499.00 akan menjadi sasaran seterusnya.
Untuk harga melakukan trend ‘bullish’ pula, harga emas berpotensi untuk meningkat hingga ke rintangan pada $2529.00.
Jangkaan harga lebih tinggi pula dilihat agak sukar untuk ditentukan jika kenaikan berterusan kerana keyakinan nilainya belum cukup ‘berani’ untuk mendaki lebih tinggi.
See the XAU/USD price chart image below for your technical analysis reference.