“Terkejut tak semua tengok harga BTC pagi-pagi tadi pacak macam tu, ke ada yang relax je?”
Raja mata wang kripto Bitcoin (BTC) memberi kejutan apabila harganya tanpa disedari menggunung hampir $55,000 di tengah-tengah perkembangan ketara terhadap spot ETF ditambah pula terdapat acara halving BTC yang dijangka berlaku pada April 2024.
Antara sebab kenaikan pantas harga BTC tercetus adalah susulan daripada pasaran kripto yang sedang memerhatikan perkembangan teliti mengenai kemungkinan government shutdown di mana penutupan separa dijangka berlaku pada 1 Mac 2024 dan penutupan penuh menjelang 8 Mac 2024.
Not only that, sentimen pelabur dan pasaran turut dipengaruhi apabila pengumuman Presiden Biden tentang pertemuannya bersama pemimpin Kongres pada 27 Februari 2024 untuk membincangkan situasi dan implikasinya terhadap Ukraine menambah kepentingan geopolitik pada perbincangan.
Like to be informed aliran masuk rekod minggu lalu berjumlah $2.45 bilion juga adalah salah satu sebab harga BTC mencanak tinggi susulan aliran masuk year-to-date (YTD) kini $5.2 bilion dengan Amerika Syarikat (AS) menyumbang 99% daripada aliran masuk itu iaitu $2.4 bilion.
Sungguhpun banyak wang mengalir ke dalam kripto, beberapa dana khusus berkaitan blockchain melihat ramai orang mengeluarkan wangnya kira-kira $167 juta pada minggu lepas, jadi di sini dapat dilihat sesetengahnya memutuskan ini adalah masa terbaik untuk mengambil keuntungan.
Antara 15 dan 25 Februari 2024, MicroStrategy yang diasaskan oleh Michael Saylor secara tiba-tiba mengembangkan pegangannya dalam BTC dengan memperoleh lagi 3,000 BTC bernilai $155 juta semasa harganya didagangkan pada $51,813 dan ini juga adalah punca kenaikan harganya.
Susulan daripada pemeroleh terbaru tersebut, jumlah pegangan BTC oleh MicroStrategy kini berjumlah 193,000 BTC berjumlah $6.09 bilion.
Sehingga berita ini ditulis, harga BTC memacu naik 6.03% pada paras $54,661 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran bernilai ebih $1 trilion seterusnya mencatatkan lonjakan 5.92% sepanjang minggu lepas.