Emas catatkan satu kejatuhan dari posisi ‘harapan’ sekitar $2,450 selepas alami pergerakan dakian tinggi sejak awal Ogos dan kini ia cuba untuk bangkit semula berikutan kebimbangan geopolitik yang semakin meningkat di Timur Tengah.
Tepat jam 9.30 pagi, harga emas berada pada paras $2,450.09 iaitu naik sebanyak 0.9% sejak ia dibuka pada awal dagangan Asia pagi tadi.
Walau bagaimanapun, keluaran data Indeks Harga Pengguna (CPI) AS berjaya mengheret harganya mencecah $2,480 sebelum ia jatuh ke posisi yang lebih rendah sekitar $2,440.
CPI AS untuk bulan Julai meningkat sebanyak 0.2% pada bulanan sejajar anggaran daripada penurunan 0.1% pada bulan Jun.
Pada tahunan, ia menepati ramalan dengan mencecah 2.9% berbanding sebelumnya pada 3.0%.
Melihat graf dengan lebih meluas, emas mendapat satu dakian tinggi selepas keluaran data Indeks Harga Pengeluar (PPI) AS di mana ia menunjukkan kelonggaran keseluruhan dalam keadaan inflasi dan peningkatan jangkaan bahawa kadar faedah bakal direndahkan.
Momentum emas itu gagal dikekalkan ketika data CPI diterbitkan semalam.
Dari sentimen geopolitik, serangan yang dilakukan oleh Iran akan terus membantu harga logam kuning meningkat sehingga mencapai hadnya.
Selain itu, ia telah mencerminkan kejatuhan ketara apabila aktiviti jualan panik tercetus selepas keluaran angka Non-Farm Payrolls (NFP) pada awal bulan Ogos.