Masih lagi gagal memberi arah yang jelas untuk pergerakan US dolar, data-data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan di sesi New York semalam dinilai bercampur.
Walaupun data tinjauan keyakinan pengguna AS catat angka yang baik, namun pekerjaan JOLTS hadir dengan bacaan lebih suram untuk September berbanding ramalan dan juga angka bulan sebelumnya.
US dolar menunjukkan pengukuhan di awal sesi New York, namun selepas data diterbitkan, raja mata wang itu kembali papar pergerakan suram hingga ke penghujung sesi.
Jika diteliti pada carta harga pasangan mata wang EUR/USD, harga pada mulanya paparkan penurunan dahulu di bawah zon 1.08000 seakan memberi isyarat awal untuk menyambung pergerakan bearish sebelum ini.
Namun setelah mencecah sekitar 1.07700, harga melantun naik semula melepasi 1.08000 untuk kembali bergerak dalam zon mendatar sebelumnya itu.
Pergerakan harga yang turut berada di atas semula garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD itu mencetus jangkaan untuk corak kenaikan berlaku lagi.
Pelabur akan menantikan beberapa lagi data penting hingga ke penghujung minggu ini yang boleh memacu pasaran termasuk pekerjaan ADP dan NFP, pertumbuhan ekonomi AS dan indeks PCE.
Sekiranya data-data hadir dengan angka suram dan menekan US dolar, harga bakal membuat kenaikan lebih tinggi untuk menuju semula ke zon tumpuan 1.09000.
Namun, jika situasi sebaliknya, harga yang susut di bawah zon 1.08000 akan menjangkakan penurunan lebih rendah bakal dilanjutkan menuju sasaran sehingga 1.07000.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform Saracen Market. Sertai peraduan Lucky Draw Saracen dan menangi pelbagai hadiah menarik yang ditawarkan. Hanya perlu deposit $50 untuk sertai. KLIK DI SINI – DAFTAR DAN MENANG HADIAH MENARIK