David Sacks pilihan mengejut Donald Trump untuk mengetuai dasar mengenai kecerdasan buatan (AI) dan mata wang kripto di Amerika Syarikat (AS) walaupun beliau tidak mempunyai pengalaman yang mendalam dalam industri serta rekod prestasi yang meluas.
Berita tersebut penting buat para pelabur menilai bagaimana pentadbiran Donald Trump dalam menguruskan teknologi lagi-lagi berkenaan proses panjang dalam menetapkan peraturan mata wang digital itu.
Pengasas PayPal, Keith Rabois meyakini bahawa David Sacks mampu memastikan Amerika Syarikat berada di tahap inovasi yang canggih. Beliau dengan visinya menghalang negara tersebut daripada ketinggalan di belakang China dan melindungi teknologi baharu daripada penapisan yang keterlaluan.
Walau bagaimanapun, pelantikan oleh Donald Trump tidak dijangka secara meluas di Silicon Valley.
Sebelum ini, Sacks telah lama mengkritik banyak penglibatan kerajaan dalam hal ehwal syarikat swasta terutamanya dalam industri teknologi. Beliau dan Keith Rabois sering lantang dalam industri tersebut selama bertahun-tahun.
Sementara itu, Donald Trump memberi isyarat bahawa dia akan mengambil pendekatan mesra dalam pembangunan AI dan kripto.
Sesetengah penganalisis lebih suka melihat industri kripto dan AI dipisahkan supaya kepentingan setiap satu mampu difokuskan kerana kedua-duanya mempunyai risiko serta kebaikan tersendiri dalam dunia teknologi. – Bloomberg