Emas berjaya mencipta paras ATH baharu sekitar $2,620 pada penutup dagangan minggu lepas berikutan dorongan pemotongan kadar faedah yang agresif oleh Federal Reserve (Fed) dan ketegangan geopolitik yang meningkat di Timur Tengah.
Pada jam 9.30 pagi, harga emas berada pada posisi $2,618.90 iaitu turun 0.12% sejak ia dibuka pada awal dagangan Asia hari Isnin.
Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) mengurangkan kadar faedahnya secara mengejut 50 mata asas pada mesyuarat minggu lepas dengan pasaran menjangka akan berlakunya lebih banyak pemotongan sebelum penutup 2024.
Selain itu, kebimbangan peningkatan ketegangan di Timur Tengah selepas Hizbullah berjanji akan membalas serangan letupan kelui mendorong lonjakan harga emas baru-baru ini.
Pada Ahad, kumpulan Hizbullah dan Israel berbalas tembakan serta mereka melancarkan peluru berpandu ke dalam wilayah Israel selepas menghadapi beberapa pengeboman yang dahsyat.
Walau bagaimanapun, peningkatan logam kuning itu tersekat selepas Fed melihat potensi pertumbuhan ekonomi AS yang lebih meluas.
Mereka meramalkan bahawa ekonomi AS akan berkembang kira-kira 2.0% setahun sehingga akhir 2027 serta mencadangkan untuk berlakunya ‘soft landing’ dan mengheret emas untuk merendah.
Buat masa ini, para pelabur emas akan memantau dengan teliti perkembangan sekitar risiko geopolitik di Timur Tengah dan bacaan Indeks Pengurus Pembelian (PMI) AS yang dikeluarkan pada hari Isnin.
Sekiranya hasil yang lebih kukuh daripada yang dijangkakan, ini boleh menyokong mata wang USD dan memberi sedikit tekanan buat emas.