Emas bergerak memulih di atas $2,650 selepas ia didagangkan tewas pada penghujung minggu lepas. Aliran menaik itu disokong oleh risiko geopolitik dan jangkaan yang kukuh untuk terjadinya pemotongan kadar oleh Federal Reserve (Fed) pada mesyuarat November.
Pada jam 9.15 pagi, harga emas berada pada $2,660.63 iaitu naik 0.08% sejak ia dibuka pada awal dagangan Isnin.
Menurut laporan media CNN, Israel terus melancarkan serangan udara ke atas sasaran Hizbullah di Lubnan, membunuh lebih 100 orang dan mencederakan lebih 350 yang lain Ahad.
Serangan Israel terhadap pemimpin Hizbullah, Hassan Nasrallah telah mencetuskan ketegangan di Timur Tengah dan meningkatkan konflik di sepanjang sempadan dengan Lubnan yang mungkin meningkatkan aliran selamat yang menguntungkan harga emas.
Selain itu, data PCE memberikan petanda terkini bahawa tekanan harga semakin berkurangan di Amerika Syarikat dan mencetuskan jangkaaan bahawa Fed akan terus mengurangkan kadar faedah pada penghujung tahun 2024.
Buat masa ini, para pelabur emas akan memantau Indeks Pengurus Pembelian China (PMI) sebagai dorongan baharu.
PMI Pembuatan rasmi China meningkat kepada 49.8 pada September daripada 49.1 mengatasi anggaran 49.5, manakala PMI Bukan Pembuatan NBS secara tidak dijangka jatuh kepada 50.0 daripada angka 50.3 Ogos.
PMI Pengilangan Caixin China menguncup kepada 49.3 pada bulan September daripada 50.4 pada bulan sebelumnya dan PMI Perkhidmatan Caixin turun kepada 50.3 pada bulan yang dilaporkan daripada 51.6 pada bulan Ogos.