Emas catatkan keuntungan hambar pada Khamis di saat pasaran mata wang bergerak tidak ketara semasa sesi Amerika Utara kerana para pelabur AS bercuti sempena sambutan Hari Kemerdekaan.
Data ekonomi terkini menguatkan jangkaan bahawa Fed mungkin mula melonggarkan dasarnya lebih awal. Namun, pembuat dasar kekal berwaspada dan ingin melihat proses disinflasi bergerak lancar terlebih dahulu.
Sementara itu, harga emas kini berada pada paras $2,358.51 iaitu naik sebanyak 0.06% sejak ia dibuka pada dagangan awal sesi Asia selepas mencecah paras tertinggi dua minggu pada Rabu lepas.
Nilai komoditi logam kuning itu meningkat lebih 1% pada Rabu berikutan keluaran Data Tuntutan Pengangguran Permulaan mencatatkan laporan pekerjaan yang lebih rendah daripada jangkaan dan data ADP pula memaparkan pengambilan pekerja swasta merosot untuk bulan Jun.
Selain itu, aktiviti perniagaan dalam sektor perkhidmatan, meningkat kepada wilayah penguncupan seperti yang diukur oleh PMI Perkhidmatan ISM.
Baru-baru ini, Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) mendedahkan minit mesyuarat Jun menilai beberapa pegawai Fed berpendapat bahawa dasar semasa adalah terhad dan membuka potensi kenaikan kadar semula.
Penggubal dasar mengakui ekonomi semakin menyejuk dan ia boleh bertindak balas terhadap kelemahan ekonomi yang tidak dijangka.
Buat masa ini, para pelabur akan beralih tumpuan kepada laporan Non-Farm Payrolls (NFP) pada Jumaat bagi menilai semula indikator ekonomi di Amerika Syarikat.