Logam kuning kembali merendah semula berdekatan paras $2,700 pada awal dagangan pembukaan minggu selepas kenaikan tinggi pada minggu lepas.
Aktiviti jualan mata wang dolar AS memberikan dan ketegangan geopolitik terus menyokong kedudukan aset selamat emas dalam pasaran.
Pada jam 9.20 pagi, harga emas berada pada paras $2.703.37 iaitu jatuh 0.47% sejak ia dibuka pada awal dagangan Isnin di sesi Asia.
Buat masa ini, para pelabur akan memantau denga teliti perkembangan konflik Rusia-Ukraine apabila pada minggu lepas Presiden Rusia, Vladimir Putin memberi isyarat senjata Nuklear sebagai tindak balas serangan konvensional yang lebih luas.
Selain itu, Amerika Syarikat turut membenarkan Ukraine menggunakan senjata untuk menyerang jarak jauh ke wilayah Rusia dan ini akan terus menyokong kedudukan emas.
Pengarah Dagangan High Ridge Futures, David Meger berkata faktor geopolitik utama dalam pasaran emas mula meningkat sejak beberapa hari berikutan ketegangan antara Rusia dan Ukraine.
Sementara itu, beberapa pegawai Fed kekal berhati-hati berkenaan jangkaan pengurangan kadar faedah dan ini akan mengehadkan kenaikan logam kuning berharga itu.
Pasaran sedang menyesuaikan jangkaannya untuk pemotongan Fed tahun depan kerana inflasi menjadi kebimbangan yang lebih besar.
Menurut Alat CME FedWatch, peniaga niaga hadapan kini menetapkan harga dalam kemungkinan 50.9% bahawa Fed akan mengurangkan kadar suku mata, turun daripada sekitar 69.5% sebulan yang lalu.