Kenyataan terbaru yang telah disampaikan oleh Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell pada tengah malam semalam memberi petunjuk terbaru terhadap pasaran.
Dalam ucapannya, Powell menyatakan bank pusat tidak perlu menunggu sehingga inflasi mencapai sasaran 2% untuk melaksanakan pemotongan kadar faedah kerana ia akan mengambil masa yang terlalu lama.
Nada dovish beliau itu dilihat menyokong jangkaan untuk Fed beralih kepada pelonggaran dasar dalam tempoh terdekat itu sekaligus akan memberi kesan penyutusan terhadap US dolar.
Namun, US dolar dilihat masih bergerak stabil menuju penutup dagangan sesi New York, belum lagi menunjukkan kejatuhan yang ketara pada nilainya.
Tetapi dengan petunjuk terbaru itu, pelabur mula bersedia untuk menjangkakan tekanan ke atas pergerakan raja mata wang itu.
Jika diperhatikan pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga bergerak agak mendatar untuk pembukaan awal minggu semalam, namun masih mampu untuk catatkan ketinggian terbaru sekitar 1.09200.
Harga kembali turun hampiri paras 1.09000 yang menjadi zon tumpuan penting untuk harga menilai reaksi harga bagi mendapatkan petunjuk arah harga selanjutnya.
Pergerakan perlahan di sesi Asia pagi ini (Selasa) dilihat menguji paras sokongan Moving Average 50 (MA50 pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD itu.
Sekiranya harga melantun naik semula, akan menandakan harga bersedia untuk menyambung semula pergerakan trend bullish sebelum dan berpotensi untuk terus catatkan ketinggian terbaru.
Sasaran untuk corak kenaikan yang diteruskan adalah menuju hingga ke sekitar 1.10000.
Namun, jika harga paparkan yang berada di bawah zon 1.09000 mula membuat penurunan di bawah garisan MA50, pelabur akan menilai sebagai isyarat awal untuk perubahan trend harga.
Selepas lebih jelas, harga berkemungkinan boleh jatuh lebih rendah menuju ke zon tumpuan sebelum ini pada sekitar 1.08000 semula.
See the picture of the price chart of the EUR/USD pair below for your technical analysis reference.
The chart displayed above uses the SaracenMarkets platform, open your trading account at SaracenMarkets today. – CLICK HERE – START TRADING NOW