Faktor-faktor semasa yang dinilai dalam pasaran jelas memacu arah pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD.
US dolar dilihat mengekalkan prestasi positifnya sepanjang minggu ini yang turut disokong oleh data jualan runcit Amerika Syarikat (AS) semalam diterbitkan dengan bacaan yang memberangsangkan.
Sementara Euro lanjutkan penyusutan nilainya berikutan keputusan mesyuarat polisi European Central Bank (ECB) semalam tepati ramalan untuk menurunkan lagi kadar faedahnya sebanyak 25 mata asas ke paras 3.40%.
Justeru, US dolar yang kekal kukuh sementara Euro pula semakin tertekan, harga pada carta EUR/USD terus bergerak dalam trend bearish menyaksikan harga kekal di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam.
Selepas pada Rabu lalu harga susut di bawah zon penting 1.09000, penurunan terus dilanjutkan lagi semalam untuk catatkan paras terendah terbaru 11 minggu.
Kenaikan perlahan harga di sesi Eropah semalam di sekitar 1.08700 kemudiannya bertukar arah apabila harga dilihat terjun menuju 1.08000.
Hampir sekitar 10 pips sahaja lagi untuk menyentuh paras 1.08000, namun harga sedikit melantun dan mendatar perlahan sehingga bersambung pada dagangan sesi Asia pagi ini (Jumaat).
Penurunan lebih rendah akan dijangkan untuk menembusi zon support 1.08000 itu sebelum sasaran seterusnya harga beralih kepada 1.07000.
Sebaliknya jika harga melonjak naik semula melepasi halangan MA50, zon 1.09000 yang dilihat sebagai rintangan semasa buat harga akan cuba untuk ditembusi.
Kenaikan lebih tinggi yang berjaya diteruskan bakal menuju semula paras tumpuan terdahulu pada 1.10000.
See the picture of the price chart of the EUR/USD pair below for your technical analysis reference.
The chart displayed above uses the Saracen Market platform. Join the Saracen Lucky Draw contest and win the various exciting prizes on offer. Only a $50 deposit is required to join. CLICK HERE – REGISTER AND WIN EXCITING PRIZES