US dolar dilihat mengendurkan sedikit momentum pada dagangan penghujung minggu lepas dengan berjaya mengekalkan prestasi cemerlang untuk 3 minggu berturut-turut.
Penganalisis telah menjangkakan situasi tersebut berikutan aktiviti pengambilan untung oleh pemain pasaran di penutup minggu dan penyusutan US dolar itu boleh berterusan di awal minggu ini ketika kekurangan data-data ekonomi tumpuan.
Jangkaan terhadap dasar monetari Federal Reserve (Fed) yang kurang agresif untuk mesyuarat November nanti akan terus memberi sokongan kepada peningkatan nilai US dolar.
Namun pelabur juga akan terus memerhati berita-berita terbaru yang hadir dan boleh mempengaruhi perubahan pada sentimen semasa pasaran.
Euro sedikit meningkat selepas tekanan mulai berkurang pada penghujung minggu lalu, namun berisiko untuk alami penyusutan lanjut selepas bank pusat Eropah (ECB) menurunkan kadar faedah pada mesyuarat minggu lepas.
Pad carta pasangan mata wang EUR/USD, dapat diperhatikan harga mencecah pada terendah terbaru 11 minggu pada Khamis lalu di sekitar 1.08100.
Namun perlahan meningkat pada Jumaat hingga menutup dagangan sesi terakhir minggu itu berhampiran paras 1.08700.
Peningkatan harga yang melepasi garis halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut memberi amaran awal untuk berjaga-jaga dengan perubahan trend.
Jika kenaikan itu berjaya diteruskan, harga dilihat akan menguji rintangan pada zon tumpuan 1.09000 semula.
Selepas melepasinya, isyarat lebih jelas untuk pergerakan bullish harga yang akan mendorong kenaikan menuju pula ke sekitar 1.10000.
Sebaliknya jika harga kembali terbenam jatuh kembali minggu ini, zon support 1.08000 kekal menjadi sasaran yang dijangka untuk diuji.
Malah harga boleh jatuh lebih rendah dari zon tersebut untuk terus mencatatkan paras terendah yang baru lagi minggu ini.
See the picture of the price chart of the EUR/USD pair below for your technical analysis reference.
The chart displayed above uses the Saracen Market platform. Join the Saracen Lucky Draw contest and win the various exciting prizes on offer. Only a $50 deposit is required to join. CLICK HERE – REGISTER AND WIN EXCITING PRIZES