Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD dilihat semakin mendap ke bawah ekoran faktor pengukuhan US dolar yang diteruskan di penghujung minggu lalu.
Situasi tersebut didorong oleh hasil terbitan laporan PMI pembuatan dan perkhidmatan Amerika Syarikat (AS) yang mencatatkan bacaan kukuh bagi bulan Jun, sekaligus turut menurunkan peratusan jangkaan pemotongan kadar faedah Federal Reserve (Fed) tahun ini.
Dengan pengukuhan US dolar, mata wang utama yang lain termasuk Euro akan terus tertekan menyambung dagangan di minggu terakhir bulan Jun ini.
Data iklim perniagaan Jerman tinjauan ifo yang akan diterbitkan pada sesi Eropah hari ini akan mempengaruhi pergerakan mata wang Euro.
Jika diperhatikan pada carta EUR/USD Jumaat lalu, harga menyambung corak penurunan dari hari sebelumnya sehingga susut di bawah paras 1.07000.
Harga mencecah kembali paras terendah minggu sebelumnya sekitar 1.06700 sebelum mendatar di sesi terakhir minggu itu di bawah zon 1.07000.
Pergerakan harga kekal berada di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut yang menjadi isyarat pergerakan bearish minggu ini.
Penurunan lebih rendah akan dijangkakan melepasi paras 1.06700 sebelum mencatatkan paras terendah terbaru 8 minggu.
Sasaran seterusnya adalah untuk harga mencecah 1.06000 dan menguji zon support penting itu.
Namun, sekiranya harga melonjak kembali di atas 1.07000 dan turut melepasi halangan MA50, akan menjadi isyarat awal bagi pertukaran semula trend harga.
Kenaikan harga akan cuba untuk melepasi rintangan minggu lalu sekitar 1.07500 sebelum meneruskan pendakian selanjutnya menuju zon 1.08000.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG