Berbanding corak lonjakan yang telah dipamerkan pada penghujung minggu lalu, harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD pada pembukaan awal minggu semalam dilihat lebih mendatar.
Paras 1.3000 kekal sebagai rintangan yang masih lagi belum berjaya dibolosi harga dengan pergerakan mendatar sepanjang Isnin semalam kekal dibawahnya.
Namun, pasaran kini mendapat petunjuk terbaru dalam ucapan Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell yang memberi isyarat bahawa bank pusat tidak perlu menunggu inflasi mencapai sasaran 2% untuk laksanakan pemotongan kadar faedah.
Walaupun tidak menunjukkan reaksi awal, namun pelabur menjangkakan US dolar bakal berdepan situasi penyusutan yang ketara selepas ini.
Mata wang utama lain bakal menyinar termasuk Pound dan akan mendorong kenaikan lebih tinggi untuk berlaku juga pada carta GBP/USD.
Pergerakan harga kekal perlahan menyambung dagangan di sesi Asia pagi ini sekitar 1.29700 yang menyentuh garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut.
Untuk jangkaan kenaikan lebih tinggi, harga perlu menembusi rintangan 1.30000 dahulu sebelum catatkan paras ketinggian terbaru sejak Julai 2023.
Sasaran untuk kenaikan yang lebih tinggi adalah menuju paras sekitar 1.31000.
Namun, jika harga gagal teruskan kenaikan sebaliknya berpatah arah membuat penurunan, pelabur berkemungkinan akan menerima isyarat untuk perubahan trend harga.
Pergerakan menurun pada awalnya dilihat akan menghampiri paras 1.29000 sebelum reaksi harga di sekitar itu akan diperhatikan.
Susut lebih rendah akan menjangkakan harga menuju pula sekitar 1.28000 atau lebih rendah lagi.
Selain data jualan runcit AS akan diperhatikan di sesi New York malam nanti, pasaran juga menantikan data inflasi UK yang akan diterbitkan pada Rabu untuk menilai kesan ke atas Pound.
See the picture of the GBP/USD pair price chart below for your technical analysis reference.
The chart displayed above uses the SaracenMarkets platform, open your trading account at SaracenMarkets today. – CLICK HERE – START TRADING NOW