Pergerakan drastik harga pada berlaku pada carta pasangan mata wang GBP/USD semalam seperti dijangkakan ketika pasaran memberi tumpuan terhadap acara utama minggu ini iaitu mesyuarat FOMC edisi September 2024.
Mesyuarat terpenting tahun ini akhirnya memberikan jawapan yang ditunggu-tunggu pelabur iaitu pemotongan kadar faedah sebanyak 50 mata asas oleh Federal Reserve (Fed) ke paras 5.00%.
Pound bergerak baik pada sesi Eropah ketika data inflasi UK diterbitkan dengan angka yang menepati pasaran, namun situasi pergerakan harga jadi tak menentu pada sesi berikutnya.
Sebaik sahaja keputusan FOMC diumumkan, US dolar ketara melemah dulu melonjakkan harga naik hingga ke ketinggian sekitar 1.33000.
Namun, selepas persidangan susulan yang dipengerusikan oleh Jerome Powell berakhir, harga dilihat menjunam semula dengan mata wang US dolar yanng kembali memulih menuju penghujung sesi dagangan.
Tumpuan pasaran pada hari ini pula akan terarah kepada keputusan mesyuarat polisi bank pusat England (BOE) pada jam 7 petang, waktu tempatan.
Harga terjun melepasi paras 1.32000 dan di sesi Asia pagi ini (Khamis), penurunan dilanjutkan menghampiri 1.31500 sebelum melantun semula ke sekitar 1.32000.
Penurunan harga masih dijangkakan untuk berlaku sekiranya harga kekal berlegar di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD tersebut.
Jika dilanjutkan lebih rendah, harga dilihat akan menuju sekitar 1.31000 dan jika tembus lebih rendah ke bawah, zon support minggu lepas pada 1.3000 akan kembali diuji.
Namun jika sebaliknya harga mula melonjak kukuh, rintangan pada 1.33000 akan cuba untuk diatasi untuk harga catatkan paras ketinggian terbaru.
Kenaikan lebih tinggi pula berkemungkinan berpotensi untuk mencapai sehingga paras 1.34000.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform Saracen Market. Tebus bonus tanpa deposit bernilai $5.00 jika anda daftar hari ini KLIK DI SINI – DAFTAR DAN TEBUS SEKARANG