Sekali lagi perubahan arah harga berlaku pada carta pasangan mata wang GBP/USD di mana peningkatan harga dipamerkan pada dagangan Rabu semalam.
Pada hari sebelumnya, harga paparkan penurunan sehingga ke zon tumpuan 1.27000.
Setelah diperhatikan reaksi harga pada zon tersebut, beberapa kali harga uji sebelum berlaku kenaikan semula setelah gagal tembus lebih rendah.
Dengan suasana pasaran yang tidak menentu menjelang laporan inflasi Amerika Syarikat (AS), US dolar kembali melemah dalam pasaran membuatkan kenaikan harga itu berlaku.
Kenaikan harga di sesi New York semalam telah melepasi garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD memberi cadangan awal untuk trend bullish bersambung semula.
Menyambung dagangan pada sesi Asia pagi ini (Khamis), harga yang dibuka di paras sekitar 1.27300 telah meneruskan kenaikan ke paras ketinggian 1.27700.
Dilihat ketinggian yang dicapai pada Jumaat lalu dan awal minggu ini diuji semula dan harga berpotensi untuk melanjutkannya lebih tinggi.
Jika diteruskan, zon 1.28000 pula akan menjadi sasaran harga dan pelabur akan memerhati reaksi pada zon penting itu untuk petunjuk bagi arah pergerakan selanjutnya.
Ketinggian terbaru harga boleh disasarkan sehingga ke sekitar 1.29000.
Namun, jika harga kembali membuat penurunan, paras 1.27000 akan kembali dihampiri yang sebelum ni berfungsi sebagai sokongan buat harga.
Jika tembus ke bawah, corak bearish harga akan dipaparkan dan dijangka akan bakal menuju ke zon tumpuan pada 1.26000.
See the picture of the GBP/USD pair price chart below for your technical analysis reference.
The chart displayed above uses the SaracenMarkets platform, open your trading account at SaracenMarkets today. – CLICK HERE – START TRADING NOW