Hutang negara AS melepasi $35 trilion buat pertama kali dalam sejarah negara itu pada Isnin ketika kerajaan persekutuan terus mengumpul hutang pada catatan kadar semasa.
Data baharu daripada Jabatan Perbendaharaan yang dikeluarkan petang Isnin menunjukkan bahawa hutang negara kasar AS mencecah $35,001,278,179,208.67.
Rekod itu dicatatkan selepas beberapa bulan Amerika Syarikat alami ambang mengejutkan pada awal Januari 2024 pada nilai $34 trilion dan $33 trilion pada September 2023. Hutang negara gergasi dunia itu telah melonjak $907 billion dalam tempoh empat dekad.
Menurut Maya MacGuineas, Presiden Jawatankuasa Belanjawan Persekutuan berkata berita tersebut sangat membimbangkan dan ia sangat tidak mengejutkan bagi sesiapa yang telah mengikuti trajektori fiskal kerajaan semasa.
Pada bulan lepas, Pejabat Belanjawan Kongres memberi amaran kepada rakyat Amerika bahawa hutang yang dipegang oleh orang ramai sedang menuju ke bahagian rekod baharu ekonomi dalam tempoh tiga tahun.
Defisit akan menjadi hampir $2 trilion tahun ini dan hampir $3 trilion sepanjang tempoh sepuluh tahun.
Jumlah hutang AS yang melebihi $35 trilion adalah datang daripada hutang-hutang yang dipegang oleh orang ramai berdasarkan metrik yang menjadi petunjuk ahli ekonomi kecuali yang dipegang dalam akaun antara kerajaan seperti dana amanah Keselamatan Sosial yang kuasai 99% saiz domestik kasar AS.
Pejabat Belanjawan Kongres (CBO) mengunjurkan hutang yang dipegang oleh orang awam mencapai paras rekod lebih daripada 106% daripada KDNK yang diramal pada 2027.
Ia memecahkan rekod hampir 80 tahun pada 1946 di saat AS berada di tengah-tengah demobilisasi selepas Perang Dunia kedua.
Nisbah hutang kepada KDNK diunjurkan meningkat dalam beberapa dekad akan datang.