Carta pasangan mata wang GBP/USD juga turut dikejutkan dengan ‘gap’ harga pada pembukaan awal minggu ini di sesi Asia pagi tadi.
US dolar dilihat sedikit berundur dari pengukuhan yang telah dipaparkan sehingga ke penghujung minggu lepas, dengan mencapai rekod tertinggi 2 tahun.
Pound susut ke paras terendah 6 bulan berbanding US dolar ketika data-data yang diterbitkan juga mempengaruhi pergerakan harga.
Jualan runcit UK untuk Oktober catat angka -0.7% yang lebih rendah dari ramalan -0.3% mencetuskan gambaran suram untuk perbelanjaan pengguna sementara data PMI pembuatan dan perkhidmatan UK menunjukkan angka yang menurun.
Tekanan terhadap Pound telah mengheret mata wang Britain itu ke jatuh ke paras 1.25000 pada carta GBP/USD, paras terendah sejak Mei lalu.
Corak penurunan harga sebenarnya telah bermula sejak awal Oktober lalu sehingga menuju ke penghujung dagangan November ini.
Namun, setelah mencecah 1.25000 dan menutup dagangan sekitar tersebut pada penutup minggu lalu, harga dibuka semula pada awal minggu di sesi Asia hari ini dengan perbezaan jarak agak ketara berhampiran paras 1.26000.
Susulan itu, pergerakan harga dilihat mendatar sepanjang sesi Asia sehingga pembukaan sesi Eropah di bawah paras 1.26000 sebagai rintangan buat harga.
Sedikit melepasi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta itu memberi isyarat awal untuk perubahan trend, namun pelabur nantikan petunjuk yang lebih jelas.
Sekiranya ada lonjakan ketara dipaparkan selepas ini, kenaikan harga berkemungkinan akan dipacu menuju semula 1.27000 yang menjadi paras tumpuan diuji minggu lepas.
Melepasi paras itu akan mencatatkan paras ketinggian baharu 2 minggu menuju pula sasaran pada zon 1.28000.
Sebaliknya jika harga kembali menjunam dari paras 1.26000, support pada 1.25000 akan kembali diuji.
Seterusnya, paras terendah terbaru akan dicatatkan jika penurunan melepasi paras yang dicecah minggu lalu itu dengan sasaran beralih kepada 1.24000.
See the picture of the GBP/USD pair price chart below for your technical analysis reference.
The chart displayed above uses the Saracen Market platform. Redeem a $5.00 no deposit bonus if you sign up today CLICK HERE – SIGN UP AND REDEEM NOW