“Wow seriouslah, korang rasa ramalannya betul tak?”
Robert Kiyosaki, pengarang buku terkenal Rich Dad Poor Dad sekali lagi menarik perhatian komuniti mata wang crypto sejurus selepas meramalkan Bitcoin (BTC) bakal memuncak sehingga $300,000 menjelang akhir tahun 2024.
Rentetan itu, Kiyosaki menggesa pengikutnya merebut peluang diberikan oleh momentum semasa BTC susulan ia boleh menghasilkan keuntungan sangat ketara biarpun hanya melabur dalam aset digital itu kira-kira $500.
Umum mengetahui ini bukanlah kali pertama Kiyosaki membuat ramalan berani tentang BTC kerana pada tahun lepas, beliau yang sungguh yakin BTC boleh berfungsi sebagai perlindungan ketidakstabilan ekonomi turut menjangkakan harganya boleh mencecah $500,000 menjelang tahun 2025.
Kiyosaki yang sokong pelaburan dalam BTC, emas termasuk perak telah melabelkannya sebagai simpanan nilai lebih selamat berbanding mata wang fiat tradisional seperti dolar AS yang bakal hancur dan tidak akan jadi penyumbang penting pada daya tahan kewangan semasa ekonomi tidak menentu.
Ramalannya terbarunya datang semasa BTC memecahkan paras $69,000 yang pernah dilihat pada November 2021 dan perlu diketahui kenaikan itu didorong oleh spot BTC ETF termasuk jangkaan acara halving.
Kenaikan harga yang sama berlaku pada 2012 dan 2016 susulan ramai percaya momentum semasa BTC boleh melonjakkannya ke tahap baharu pada tahun-tahun akan datang sejurus selepas aset digital itu pecahkan rekodnya.
Sekiranya corak sejarah berulang, harga BTC termasuk pasaran kripto lebih luas berpotensi untuk melihat momentum sangat bullish.