Donald Trump, bekas Presiden Amerika Syarikat yang berpotensi untuk memenangi pilihan raya akan datang telah meningkatkan keyakinan dalam pasaran kripto serta meningkatkan lagi penggunaan teknologi tahun ini.
Baru-baru ini, Elon Musk bertemu dengan presiden El Salvador, Nayib Bukele dan bekas menteri kewangan China, Zhu Guangyao bahawa penerimaan Trump dalam industri kripto bakal menghangatkan pasaran Amerika Syarikat.
Menurut Zhu Guangyao, kripto mempunyai kesan negatif terutamanya apabila pihak pentadbiran mengiktiraf risiko sepenuhnya dan bakal menimbulkan masalah kepada pasaran modal.
Walau bagaimanapun, kerajaan perlu mengkaji perubahan antarabangsa terkini dan pelarasan dasar kerana ia merupakan aspek penting dalam pembangunan ekonomi digital.
Persidangan Bitcoin 2024 oleh Donald Trump pada bulan Jun dalam strategi kempennya untuk merampas semula White House pada bulan November ini berkata Amerika Syarikat perlu pantas dalam menerajui pembangunan kripto sebelum China bertindak.
Katanya lagi, industri kripto masih berada di peringkat awal dan ia mungkin mengatasi emas pada masa akan datang.
Pengasas Tron, Justin Sun menggesa China untuk mempertimbangkan semula pendiriannya terhadap larangan kripto. Dalam untaiannya di laman X, beliau berkata China perlu mengambil langkah lebih maju berikutan dasar-dasar AS yang semakin terbuka.
Larangan bitcoin oleh China pada tahun 2021 yang menjadikan perdagangan dan perlombongan mata wang kripto sebagai aktiviti haram telah mencetuskan kejatuhan harga bitcoin pada masa itu.
Pada bulan Mei, peserta persidangan Bitcoin di Hong Kong mencetuskan spekulasi bahawa dana dagangan bursa (ETF) bitcoin spot Hong Kong yang dinanti-nantikan akhirnya mungkin akan dibuka kepada pelabur dari tanah besar China.