Kos hidup untuk isi rumah di lima kawasan Lembah Klang iaitu Petaling, Gombak, Klang, Putrajaya, dan Kuala Lumpur mencatatkan angka yang tinggi, antara RM5,188 hingga RM6,490 sebulan, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Data ini diperolehi berdasarkan keperluan asas untuk keluarga empat orang.
Petaling berada di senarai yang teratas dengan RM6,490, diikuti Kuala Lumpur sebanyak RM6,346.
Bagi kawasan di luar bandar seperti Seremban dan Gombak, kos hidup juga semakin meningkat, dengan MyPAKW mencatatkan kadar lebih RM5,000 sebulan.
Hal ini telah membawa kepada persoalan, apakah gaji rakyat benar-benar setara dengan kos yang semakin melonjak ini?
MyPAKW, merupakan sebuah aplikasi kalkulator untuk pengiraan perbelanjaan kos sara hidup wajar yang diperkenalkan untuk membantu menentukan perbelanjaan asas, memberi gambaran jelas tentang perbezaan ketara antara kawasan bandar dan luar bandar.
Kos hidup di bandar lebih tinggi, dan ini menjadi satu isu hangat yang giat diperkatakan di kalangan rakyat Malaysia.
Adakah rakyat Malaysia yang bekerja keras, terutamanya di kawasan bandar, mampu bertahan jika kenaikan gaji tak seiring dengan kos sara hidup yang melambung?
Ketika kerajaan memperkenalkan Pendapatan Boleh Guna Bersih (NDI) sebagai ukuran kemiskinan baru, kita harus bertanya adakah perubahan ini cukup untuk membantu mereka yang benar-benar terkesan dengan kos hidup yang terus meningkat?