“Wow Apple pun mungkin dah makin tertarik dengan dunia kripto, yang lain bila lagi?”
Tidak lama lagi, game Victoria VR ditetapkan menjadi aplikasi berkaitan mata wang kripto pertama bagi penawaran produk terbaru Apple dipanggil Vision Pro yang merupakan set kepala VR bersama ciri seperti augmented reality.
Diterangkan dalam whitepaper, Victoria VR akan jadi games memanfaatkan ciri termaju Apple Vision Pro yang menggabungkan teknologi Web3 untuk menawarkan pengalaman MMORPG mengasyikkan bersama grafik realistik dikuasakan oleh Unreal Engine.
Token Victoria VR adalah penting untuk urus niaga dalam game, ganjaran termasuk penglibatan susulan terdapat peningkatan dalam nilai lebih 106% dalam masa sehari sahaja selepas pengumuman penyepadukan ke dalam platform Vision Pro dilaksanakannya.
Pun begitu, pendirian Apple yang berhati-hati dari segi sejarah terhadap kripto dan in-app ekonomi telah menimbulkan persoalan tentang prospek pelancaran Victoria VR di App Store, di mana ia larang token-gated content*.
*Cara komuniti Web3 boleh mencipta nilai untuk komuniti mereka dengan memberikan pemegang akses kepada content eksklusif, acara dan faedah lain.
Bagaimanapun, Victoria VR ingin mengharungi cabaran itu dengan model yang menggalakkan penyertaan aktif dan sumbangan daripada penggunanya termasuk menjanjikan sebahagian hasil jualan aset dalam game untuk dikongsi bersama staker serta peserta aktif dalam metaverse.
Suka dimaklumkan visi Victoria VR adalah sangat bercita-cita susulan mereka ingin mewujudkan ekonomi self-sustaining dalam metaverse di mana setiap interaksi mempunyai potensi untuk mendapatkan ganjaran.
Semasa games tersebut bersedia untuk dilancarkan pada musim bunga, ia mewakili percubaan untuk menggabungkan pengkomputeran spatial terkini dengan etos decentralized Web3.