Selepas isyarat perubahan trend bullish semula dikenalpasti pada carta pasangan mata wang GBP/USD sebelum ini, lonjakan harga telah diteruskan pada dagangan Khamis semalam yang terkesan oleh data inflasi yang diterbitkan.
Data indeks harga pengguna (CPI) Amerika Syarikat (AS) catatkan penurunan lebih rendah berbanding ramalan untuk bulan Jun, sekaligus mencetuskan penyusutan ketara bagi mata wang US dolar.
Pound pula mengambil kesempatan untuk melanjutkan pengukuhan selepas menunjukkan petanda positif pada sesi Eropah sebelum lagi ketika data pertumbuhan ekonomi UK diterbitkan.
Menilai data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) UK untuk bulan Mei, pertumbuhan bulanan ekonomi catat bacaan yang lebih baik berbanding angka sebelumnya.
Dengan petunjuk arah harga yang agak jelas dari kedua-dua mata wang itu, carta GBP/USD berjaya merekodkan paras ketinggian terbaru dalam tempoh 12 bulan.
Lonjakan harga selepas CPI semalam telah menembusi paras tumpuan pada 1.29000 dan kemudiannya mencapai ketinggian 1.29500.
Harga berundur semula ke paras 1.29000 dan mendatar sekitar tersebut menyambung dagangan di sesi Asia pagi Jumaat ini.
Pergerakan harga yang dijangka bullish berada di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam menjangkakan kenaikan lebih tinggi untuk diteruskan.
Sasaran lebih tinggi harga adalah untuk menuju zon 1.30000 setelah didagangkan di paras paling tinggi sejak Julai 2023 lalu.
Jika harga terjun semula di bawah paras 1.29000, corak penurunan harga berkemungkinan akan dipamerkan semula.
Harga berisiko untuk jatuh semula ke sekitar 1.28000 yang menjadi zon tumpuan pada dagangan minggu ini.
See the picture of the GBP/USD pair price chart below for your technical analysis reference.
The chart displayed above uses the SaracenMarkets platform, open your trading account at SaracenMarkets today. – CLICK HERE – START TRADING NOW