“Wahhh maksudnya token AI ni menanti-nantikan laporan pendapatan suku keempat Nvidia la.”
Sangat mengejutkan apabila pembuat cip gergasi Nvidia (NVDA) mengatasi jangkaan pendapatan suku keempat yang sudah tinggi sehingga meningkatkan pasaran ekuiti lebih luas dan token berkaitan artificial intelligence (AI).
Dilaporkan Nvidia pada Rabu semalam, pendapatan suku keempat sesahamnya ialah $5.16 di mana ia mengatasi anggaran purata penganalisis $4.59 sesaham dan perlu diketahui pembuat cip itu turut mencatatkan hasil $22.1 bilion yang datang lebih tinggi daripada jangkaan Wall Street $20.4 bilion.
Selepas pendapatan Nvidia, token AI seperti SingularityNET (AGIX) mencanak lebih 20% while FetchAI (FET) dan Render (RNDR) masing-masing raih 10% serta 8% while modal pasaran keseluruhan token AI melepasi $16.5 bilion.
Menurut Jensen Huang, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Nvidia berkata pengkomputeran sudah dipercepatkan dan AI generatif telah mencapai titik kritikal susulan permintaan menggunung di seluruh dunia merentas firma, industri termasuk negara.
Suka dimaklumkan Nvidia juga meramalkan pendapatan suku pertama sebanyak $24 bilion yang mengatasi anggaran penganalisis $22.2 bilion dan saham pembuat cip itu meningkat lebih 7% dalam dagangan pasca pasaran.
Momentum kenaikan itu datang apabila saham Nvidia memacu revolusi AI yang melonjak lebih 200% sepanjang tahun lepas seterusnya menjadikan modal pasaran firmanya hampir cecah $1.7 trilion pada satu seketika yang mengatasi nilai teknologi gergasi Amazon dan Google.
Bukan itu sahaja, pendakian tersebut juga begitu hangat diperkatakan sehingga Goldman Sachs menyebutnya sebagai saham paling penting di planet bumi.