Ringgit melantun semula dengan pengukuhan selepas dibuka tinggi berbanding dolar AS berikutan peserta pasaran memaparkan aktiviti jualan dalam pertukaran mata wang asing gergasi dunia itu.
Tepat jam 9 pagi tadi, mata wang tempatan itu berada pada paras 4.7380 berbanding dolar AS daripada ia ditutup 4.7545 semalam.
Menurut Ahli Ekonomi Bank Muamalat Bhd, Dr Afzanizam berkata dolar AS sedang alami penyusutan jauh berbanding jangkaan berdasarkan laporan ISM Amerika Syarikat bagi indeks pengurus pembelian bukan pembuatan. Ia menetapkan keputusan pada 51.4 mata berbanding konsensus iaitu 52.8 mata.
Laporan data-data ekonomi terkini telah menyebabkan para pelabur mengambil keuntungan dolar AS disebabkan oleh Fed perlu mengambil lebih banyak masa untuk mengurangkan kadar faedah.
Namun, situasi pasaran masih lagi tidak jelas sama ada akan berlakunya pembetulan dalam kedudukan nilai dolar bagi mengaturkan pengukuhan baharu.
Malam tadi, Pengerusi Fed Jerome Powell kekal dengan pendiriannya bahawa mereka tidak akan tergesa-gesa bagi mengurangkan kadar faedah.
Katanya lagi, pasaran akan menunggu data Non-Farm Payrolls (NFP) pada hari Jumaat ini bagi memberi gambaran jelas tentang hala tuju mata wang global seterusnya.
Buat masa sekarang, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.
Mata wang tempatan meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.1259/1285 daripada 3.1329/1351 pada penutup Rabu, tetapi ia menyusut berbanding euro kepada 5.1365/1403 daripada 5.1192/1224 semalam dan lemah berbanding pound British kepada 5.9945/9989 daripada 5.9769/9807 sebelum ini.
Ringgit didagangkan lebih tinggi berbanding mata wang Asean.
Ia menambah nilai berbanding baht Thailand kepada 12.9432/9581 daripada 12.9519/9653 pada hari Rabu dan meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 297.5/297.9 daripada 298.6/298.9 sebelumnya.
Ringgit juga lebih kukuh berbanding peso Filipina pada 8.40/8.42 berbanding 8.42/8.43 pada penutup semalam dan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.5151/5180 daripada 3.5159/5183 sebelumnya.