Ringgit dibuka rendah sejak awal minggu berbanding dolar AS disebabkan oleh jangkaan kadar faedah agresif 50 mata asas semakin berkurang dalam pasaran.
Pada jam 9.50 pagi, ringgit berada pada posisi 4.3300 iaitu kukuh sebanyak 0.07% berbanding USD sejak ia dibuka pada dagangan pagi Rabu.
Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Afzanizam berkata laporan Indeks Harga Pengguna (CPI) AS terkini menunjukkan peningkatan berturut-turut dan CPI Teras pula kekal degil pada posisi semasa.
Ini akan mengurangkan harapan untuk Fed laksanakan pemotongan kadar yang agresif.
Selain itu, hasil pada nota Perbendaharaan AS dua tahun meningkat sebanyak 3.0 mata asas dan Indeks Dolar AS (DXY) naik 0.05% kepada 101.684 mata.
Pengukuhan kedudukan dolar AS berbanding mata wang lain mungkin mendorong ringgit untuk berlegar-legar sekitar RM4.33 sepanjang hari ini.
Walau bagaimanapun, ringgit didagangkan lebih tinggi berbanding kumpulan mata wang utama.
Pada awal dagangan, ringgit mengukuh berbanding euro kepada 4.7657/4.7772 daripada 4.7774/4.7835 pada penutup Rabu, meningkat berbanding pound Britain kepada 5.6435/5.6572 daripada 5.6623/5.6695, dan menambah nilai berbanding yen Jepun kepada 3.9305/3.0350 daripada 3.9305/3.0350.
Selain itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang Asean.
Ia meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.8024/12.8422 daripada 12.8523/12.8752 semalam dan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.3176/3.3259 daripada 3.3223/3.3268.
Bagaimanapun, ia susut sedikit berbanding rupiah Indonesia kepada 280.9/281.8 daripada 280.8/281.4 dan hampir mendatar berbanding peso Filipina pada 7.73/7.76 berbanding 7.73/7.75.