Ringgit terus mengukuh berbanding dolar AS pada pembukaan dagangan Jumaat kerana data ekonomi AS yang lebih lemah diterbitkan minggu ini telah menguatkan jangkaan penurunan kadar faedah bank pusat.
Tepat jam 9 pagi, ringgit meningkat kepada 4.7065 berbanding dolar AS daripada ia ditutup 4.7080 pada Khamis.
Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Afzanizam berkata data ekonomi yang lemah daripada AS menandakan berlakunya ‘penyejukan’ dan Federal Reserve perlu melonggarkan dasar monetarinya untuk merangsang semula pertumbuhan ekonomi.
Katanya, paras inflasi yang masih tinggi menjadi kebimbangan utama dan Fed perlu mengehadkan dasar monetarinya.
Buat masa ini, mereka dalam dilema sama ada melonggarkan dasarnya untuk mengekalkan pertumbuhan dan memastikan inflasi bergerak ke arah matlamat 2%. Data-data lanjut akan memunculkan sebarang kemungkinan perubahan dalam pendirian dasar mereka.
Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.
Nota tempatan susut lagi berbanding yen Jepun kepada 2.9217/2.9242 daripada 2.9195/2.9209 Khamis dan dibuka rendah pada 6.0069/6.0114 berbanding pound Britain daripada 6.0022/6.0048 semalam.
Ia juga jatuh berbanding euro kepada 5.0896/5.0934 daripada 5.0837/5.0859 sebelumnya.
Ringgit juga ditutup kebanyakannya rendah berbanding rakan serantau Asean tetapi meningkat berbanding rupiah Indonesia.
Ia meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 288.1/288.5 daripada 288.2/288.5 pada penutup Khamis tetapi susut berbanding dolar Singapura kepada 3.4840/3.4868 daripada 3.4830/3.4848 semalam dan susut kepada 12.8572/12.8713 berbanding 12.8483/12.8590.
Mata wang tempatan itu juga lemah berbanding peso Filipina kepada 8.04/8.06 daripada penutup semalam pada 8.03/8.04.