[Artikel Tajaan]
Beberapa data ekonomi yang lemah telah dilaporkan sejak awal minggu ini mengukuhkan lagi kes untuk pemotongan kadar faedah oleh Federal Reserve, hal itu menyebabkan dolar merosot untuk sesi ketiga berturut-turut.
Laporan data pada hari Rabu melaporkan sektor perkhidmatan Amerika sedang mengalami penyusutan pada kadar paling cepat dalam tempoh empat tahun, manakala pasaran buruh terus menunjukkan tanda-tanda stabil.
Perkembangan ini telah menghidupkan kembali spekulasi pemotongan kadar faedah seawal bulan September.
Hasil Perbendaharaan Bon yang lebih lemah dan penurunan dolar, didorong oleh jangkaan kadar yang rendah, telah meningkatkan sentimen risiko di seluruh pasaran.
Prospek pertumbuhan AS yang perlahan menjadikan pemotongan kadar pada bulan September semakin jelas, dengan pemain pasaran kini menjangkakan hampir dua pemotongan pengurangan kadar faedah pada 2024, dijangka seawal pada bulan November.
Minit dari mesyuarat dasar Fed pada bulan Jun dilihat telah menekankan bahawa bukti data ekonomi yang kukuh masih lagi diperlukan sebagai bukti inflasi semakin berkurang.
Sentimen pasaran juga turut dipengaruhi oleh ketidakpastian politik di Amerika, pemain pasaran kini memerhatikan sebarang tanda-tanda Presiden Joe Biden berpotensi menarik diri dari perlumbaan presiden. Hal ini berlaku kerana terdapat spekulasi yang kukuh bahawa kemungkinan kembalinya Donald Trump ke jawatan.
Perhatian kini tertumpu sepenuhnya terhadap laporan data pekerjaan Amerika pada hari Jumaat iaitu NFP, dengan jangkaan kenaikan sebanyak 200,000 pada bulan Jun, turun dari bulan sebelumnya, dan kadar pengangguran kekal pada 4%.
Laporan data ini akan menjadi tumpuan penting bagi Fed kerana ia mencari justifikasi untuk melonggarkan kadar.
Presiden Fed Chicago, Austan Goolsbee, telah memberi amaran bahawa bank pusat perlu melihat lebih banyak data sebelum membuat komitmen untuk pemotongan kadar.
Nak baca lebih lagi? Dapatkan Market Outlook yang menjadi rujukan institusi dan pedagang profesional. Daftar akaun trading bersama Saracen Markets segera untuk dapatkannya. – KLIK DI SINI